PENCARIAN CINTAMU.
Tokk! Tokk!
Bertalu-talu
pintu bilik pejabat diketuk seseorang dari luar. Kepala Firdaus yang setia
menunduk sedari tadi yang khusyuk melaksanakan tugasan yang bertimbun-timbun
didongakkan sedikit. Terhenti seketika jari-jemarinya yang laju menari-nari di
atas pad kekunci komputer tadi. Terus dia memberikan kebenaran untuk masuk.
“ Get in.. “ arah Firdaus dengan riak
wajah yang serius. Keningnya bertaut menanti perkara yang ingin disampaikan
oleh Qaneef yang merangkap sebagai pembantu peribadinya sejak dua tahun yang
lalu. Kelam-kabut Qaneef mencari borang permohonan yang diterimanya untuk
diserahkan kepada ketua pentadbirannya bagi mendapatkan pengesahan.
“ Qaneef, can you make it faster? “ Firdaus sudah
mengetuk-ngetuk pen yang terselit di celah jari di meja kerjanya.
“ Sorry, Encik Firdaus! I did my best. Urm,
actually this morning I received application letter from a school leaver. She
applied to get a job here. As a packer. What you say? “
“ You know our procedures and our company is
currently not interested in giving any job to school leavers. “
“ Tapi, Encik
Firdaus. Permohonan akan dipertimbangkan jikalau pemohon ada any relation with our workers, right? And it same with this applicant. Both of her
parents had working here for a long time ago. Even before you worked here and
her mom decided to resign as her father passed away . “
Tumpuannya
dialihkan kembali kepada Qaneef. Sedikit tersentak dengan makluman yang
diterimanya. Firdaus menyambut borang permohonan yang dihulurkan Qaneef. Dia
meneliti isi borang tersebut sebelum dia mengangkat wajah memandang Qaneef yang
masih setia berdiri tegak di hadapan meja kerjanya.
“ Okay, I’ll settled it everything. I know
what I have to do. Thank you. “
“ Is there anything you need, Encik Firdaus?
“
“ Nothing.
You may go. “ Firdaus membetulkan duduknya di kerusi. Qaneef menganggukkan
kepala memahami arahan yang diberikan sebelum dia meminta izin untuk berlalu.
Langkah diatur perlahan dan pintu ditutup rapat meninggalkan Firdaus dalam
privasi kerjanya.
“
Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Nurul Hannah Zulkeffli? “
Kedengaran suara lunak seorang wanita di corong telefon. Menggeletar sedikit
tangan Hannah yang menggenggam telefon bimbitnya. Dia berasa perbualan yang bakal
berlangsung akan melibatkan urusan rasmi. Barangkali permohonannya untuk
bekerja di sebuah kilang pembuatan makanan yang terletak sekitar kawasan Kuala
Lumpur.
“ Iya, saya yang
bercakap. Kenapa ya? “
“ Saya, Qaneef.
Saya merupakan salah seorang staff di
kilang yang Hannah mohon.. “ Hannah sudah melopong. Debaran di hati
menyukarkannnya mengatur nafas.
“ … saya ingin
memaklumkan bahawa pihak atasan sudah meluluskan permohonan kerja Hannah.
Hannah bolehlah start kerja Isnin
depan. Boleh? “ sambung Qaneef.
“ Err, maaf.
Maksud cik, saya telah diterima kerja? Di kilang? Tak perlu apa-apa interview ke? “ tanya Hannah polos.
Maklumlah, dia baru sahaja ingin punyai pengalaman berkerja. Dia masih tidak
tahu-menahu perihal dan peraturan untuk pekerja-pekerja di kilang tersebut.
Qaneef tertawa
kecil di hujung talian. Hannah hanya membisu. Menanti kata-kata seterusnya
daripada kakitangan kilang itu.
“ Tak perlu,
Hannah. Awak datang aja Isnin depan. Saya bawa awak jumpa dengan pihak atasan
sekejap. Lepas tu, kami akan terus bagi Hannah contract uniform. And you can start working.. “
Talian dimatikan.
Hannah masih tidak dapat mempercayai kenyataan bahawa dia telahpun diterima
untuk bekerja di kilang. Tempat arwah papa dan arwah mama bertemu dan menyulam
cinta. Tempat yang menjadi saksi kasih papa dan mama bersatu sehinggalah mereka
berdua diikat dengan sebuah ikatan sah sebagai suami isteri.
Lelehan air mata dikesat dengan belakang
telapak tangan. Hannah cepat-cepat berlalu ke bilik air untuk membersihkan
diri. Laungan azan Maghrib dari surau yang berdekatan dengan rumah pangsapuri
yang didiaminya menggesanya untuk melaksanakan perintah Tuhan yang satu itu.
Seperti
kebiasaan, Firdaus kelam-kabut dalam menyelesaikan kerja-kerja pengurusan yang
sentiasa berlambak dan menuntutnya untuk bekerja dengan lebih keras.
Berkerut-kerut dahinya meneliti kertas-kertas kerja yang telah dikemaskini oleh
pelajar-pelajar praktikal. Sejak lima tahun yang lalu, kilang tempat dia
bekerja kini menerima banyak kunjungan daripada pelajar-pelajar jurusan
teknologi pemakanan untuk menjalani sesi praktikal mereka. Pelajar-pelajar ini
diberikan pengenalan dan sedikit ilmu teknologi pemakanan yang telah
diaplikasikan oleh pihak kilang dalam jangka masa tiga hingga lima bulan.
Selepas itu, mereka dikerahkan untuk menghasilkan kertas-kertas kerja
mengenainya.
“ Arghhh !! “ Pen
sudah tercampak entah ke mana. Rambut yang sedia kusut-masai diramasnya.
Firdaus mengeluh berat. Terus dia mendongak saat Qaneef menguak pintu
pejabatnya.
“ Encik Firdaus,
Puan Yanti suruh encik call dia through office line. Now. “
“ Okay. You may go. Thanks. “ Terjongket
kening Firdaus apabila mendapati Qaneef berpatah balik dan menghadapnya.
“ Why? Is there anything wrong? “ Firdaus
sudah bersedia untuk mendengar dengan lebih teliti. Namun, Qaneef tersenyum
sambil berdiri tegak dengan memegang erat fail-fail di tangan.
“ Tak ada
apa-apa. Cuma saya nak tanya, kalau Encik Firdaus nak saya buat coffee or any drinks that you would like,
I’m offer to make it. Iyalah, muka you
nampak lucu bila serabut macam tu. “ Qaneef tergelak kecil. Penampilan
ketuanya memang menggelikan hati. Dengan rambut yang sudah serabai, tali leher
yang dilucutkan dan keadaan meja kerja Firdaus yang berselerak membuatkan
keadaan lelaki itu kelihatan kasihan. Tidak terurus.
“ Pandailah you ni. I’m just fine with it. I’ll bear with it. Tapi, rupa I teruk sangat
ke? “
“ Yes, definitely Encik Firdaus! “
“ It’s okay. Kalau I nak minum, I pergi
buat sendiri dekat pantri. You may
continue your work. Thanks by the way.. “ Senyuman mesra dihadiahkan kepada
Qaneef yang mula beredar dari situ. Pintu tertutup rapat. Firdaus sempat
mengeluh lagi. Ish, ish, tak habis-habis dengan mengeluhnya! Macam mana nak
berkat kerja kalau macam ni? Bersemangat sikit, Fir! Kau nak cari rezeki juga,
kan?
Telefon pejabat
di angkat gagangnya. Nombor yang telah dihafal siap-siap untuk keperluan kerja
didail. Firdaus sabar menanti talian dijawab. Tidak lama kemudian, suara
seorang wanita yang amat dikenalinya kedengaran di corong telefon. Mesra sahaja
suara itu menjawab panggilannya.
“ Hah, Fir!
Ingatkan dah lupa nombor ofis akak. Call
juga budak ni. “
“ Sorrylah, akak! Fir serabut otak tadi.
Putus fius kejap. Kerja tak habis-habis. “ Terkekeh-kekeh tawa Yanti di corong
telefon. Firdaus pula hanya mampu tersenyum sendirian.
“ Alahai, baby boy! Akak pun nak tambah kerja Fir
ni. Baru HQ inform tadi. As usual, hari ni ada interview untuk contract workers. “
“ Alah, akak!
Berapa orang pula yang masuk kerja? Ramai ke? “
“ Seorang aja,
Firdaus oii! “
“ Seorang aja?!
Takkan seorang pun HQ tak boleh nak handle?
Fir juga ke? “ tanya Firdaus separuh berharap. Dia menggigit bibir bawahnya
menanti balasan Yanti di hujung talian.
“ No, you must interview this contract worker
after lunch time. Full stop! “
“ Iya, iyalah.
Saya yang menurut perintah! “ Sayu saja suaranya. Firdaus tidak punya kuasa
untuk menolak arahan pihak atasan. Nak atau tidak, dia perlu melaksanakannya.
“ Great! All the best. “ Talian dimatikan.
Serta-merta gagang telefon diletakkan kembali ke tempat asal. Firdaus mencapai
fail-fail yang berselerakan lalu disusun dengan teratur di sudut meja kerjanya.
Pen-pen yang berterabur disimpan ke dalam laci. Helaian kertas-kertas kerja
dikemaskan dan disimpan di rak.
Jam tangan ditelek sekilas. Berkira-kira
untuk berlalu dan menikmati makan tengah harinya. Setelah segenap ruang
pejabatnya diteliti, Firdaus tersenyum puas dan kaki mula melangkah.
“ Kenapa awak nak
bekerja di sini? “
“ Sementara
menunggu keputusan SPM saya keluar, saya nak mencari pengalaman bekerja. Bukan
tu aja, saya juga nak cari duit poket. “ Tenang Hannah menjawab meski di
jiwanya bergelodak seribu satu perasaan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa
dia berdebar saat itu. Tangannya yang
berada di bawah meja diramas-ramas bagi mengurangkan rasa gementar di dada.
“ Awak boleh buat
kerja apa-apa aja? “ tanya Firdaus dengan riak seriusnya. Dia menentang
pandangan pekerja kontrak baru di kilang, tempat dia bekerja. Seketika
penampilan gadis itu menarik perhatiannya. Ringkas dengan selendang berwarna
biru tua yang melilit kepala dan dikenakan kemeja warna sedondon tanpa sebarang
corak bersama-sama seluar slack
berwarna hitam pekat.
Wajah gadis itu
juga sederhana di matanya. Berkulit hitam manis dengan mata yang galak dan
senyuman yang menawan menjadi faktor tarikan. Firdaus berdehem-dehem apabila
merasakan mata-mata memandangnya pelik. Mungkin dia terlalu leka meneliti
setiap inci susuk si gadis sehingga terlupa tujuan situasi sebenar.
“ Are
sure you will adapt with the environment? Awak akan bekerja di tempat
pemprosesan, bukannya di ofis. “
“ Insyaallah,
saya boleh, “ balas Hannah dengan riak yang dikawal. Dia masih dalam keadaan
gemuruh. Melihat Firdaus mengangguk-anggukkan
kepala, lega sedikit hatinya.
Firdaus bangkit
dan menuju di muka pintu bilik mesyuarat bagi mendapatkan Qaneef. Begitu juga
Hannah yang turut bangun dan membuntuti Firdaus. Suasana sepi diselang-seli
dengan perbualan antara Firdaus dan Qaneef. Hannah pula sempat menyandarkan
tubuhnya ke dinding bilik mesyuarat sementara menanti perbualan tersebut
selesai. Dengan selamba, Firdaus turut bersandar ke dinding bersebelahan dengan
Hannah. Bahu mereka berdua bersentuhan. Hannah tersentak tetapi Firdaus seperti
tidak menyedari keadaan tersebut. Pantas Hannah menjarakkan sedikit tubuhnya
daripada terlalu dekat dengan tubuh Firdaus.
Hannah sempat
mengerling ke arah kad pekerja yang tergantung elok di leher lelaki yang
menemu-bualnya tadi. Tertera nama FIRDAUS pada bahagian atas kad. Tahulah dia
kini lelaki itu bernama Firdaus dan merupakan ketua bahagian pentadbiran di
kilang pembuatan makanan ini. Bukan calang-calang orang.
“ Okay. Awak ikut Qaneef untuk ambil contract uniform. Dan awak boleh mula
bekerja as a packer. “ Firdaus
berlalu seraya menyerahkan kembali borang permohonan kerja kepada Qaneef.
Borang tersebut bertukar tangan. Firdaus dan Hannah berbalas pandang tanpa riak
sebelum lelaki itu beredar.
Masa terus
berlalu. Walaupun Hannah sukar menyesuaikan diri dengan suasana bekerja pada
mulanya, dia mula selesa melakukan tugasnya dengan bantuan rakan sekerja. Salah
satu cabaran bagi Hannah di tempat kerja ialah dia dikelilingi pekerja-pekerja
berbangsa asing. Di bahagian pembungkusan, hanya dia pekerja wanita warganegara
Malaysia. Selebihnya pekerja-pekerja lelaki yang terdiri dari negara
Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia. Seminggu dia bekerja, Hannah sudah
pandai berhubung dengan rakan sekerjanya yang berlainan bangsa itu.
“ Anna, you not
go to rest? You not to eat? “ tanya Rash yang berasal dari Nepal. Untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Rash masih tidak mahir dan dalam proses
mempelajarinya. Rash mampu bercakap dalam bahasa Inggeris tetapi itupun bahasa
yang ringkas sahaja. Kadang-kadang, sukar juga memahami komunikasi Inggeris
Rash memandangkan tatabahasanya yang agak teruk. Hannah tersenyum nipis. Dia
masih meneruskan kerjanya menyusun kerusi-kerusi.
“ No, I’m not hungry. I’m already take a
breakfast this morning. “
“ Anna, that’s breakfast. Not lunchy.. “
Hannah ketawa
terbahak-bahak. Mendengarkan perkataan yang disebut Rash yang berlainan
bunyinya, dia berasa geli hati. Rash tidak tahu-menahu mengapa Hannah ketawa,
hanya membalasnya dengan senyuman malu. Nafas ditarik dalam-dalam dan
dihembuskan perlahan. Hannah tersenyum meleret.
“ It’s okay, Rash. I’m fine with it. I’m
fulled. “
Rash tersenyum lagi sambil menganggukkan
kepalanya. Dia berjalan keluar meninggalkan Hannah bersendirian di tempat pembungkusan
itu. Lampu ditutup atas arahan Hannah sendiri.
Kepalanya
dikalihkan ke kanan dan ke kiri semula. Hannah cuba menyelesakan kedudukan
kepalanya yang dilentokkan ke atas meja kerja. Seketika dia terlena kembali
sambil berbantalkan lengan. Dia tidur tanpa berkutik walau seinci. Penat
barangkali dengan kerja-kerjanya seharian. Namun, ada seseorang yang sedang
merenungnya tajam tanpa disedari. Seseorang itu mula mendekati Hannah yang
sedang nyenyak dan mengambil tempat di hadapan si gadis.
“ Huarghh!! “
Mulutnya ternganga luas. Hannah menguap panjang. Dia hanya terjaga saat lampu
dinyalakan dan suasana menjadi terang-benderang.
Apabila Hannah
melihat wajah Ganesh yang terjengul di hadapannya, dia terjerit kecil. Terkejut
dengan kehadiran rakan sekerjanya itu. Hannah tersenyum hambar. Dia mula berasa
tidak selesa apabila ditenung sebegitu oleh Ganesh.
“ Hey, Ganesh! Apa you buat dekat sini? You..
tidur juga ke tadi? “ Tergagap-gagap Hannah mengutarakan soalan. Dia memandang
sekeliling mencari kelibat rakan sekerjanya yang lain. Namun, hampa. Tiada
seorang pun yang kelihatan. Hanya dia dan Ganesh. Jam di dinding sempat
dikerling. Baru 12.32 tengah hari. Lambat lagi nak start kerja! Habis rehat pun pukul 1.15 petang. Aih, siapa pula gatal
pasang lampu ni! Kacau betul! Hannah terpandang wajah Ganesh yang tegang.
Gulp!
Takkanlah Ganesh
yang buka lampu? Tapi, mestilah dia kan? Dia aja yang ada dekat sini? Takkan
aku berjalan dalam tidur dan buka lampu? Logik sikitlah, mak cik oi! Tak pernah
dalam sejarah hidup kau, yang kau tu mengigau sampai tahap berjalan bagai. Ish,
semak otak aku! Dahlah aku mengantuk lagi ni, bentak Hannah dalam hati.
“ Ganesh, boleh
tak you padam itu lampu. Terang
sangat. I nak tidur kejap, “ pinta
Hannah tanpa memikirkan padah apabila mereka berduaan dengan status bukan
muhrim di tempat yang gelap. Kerana mengantuk punya pasal, Hannah tidak lagi
mampu berfikir dengan akal yang waras. Apa yang dia tahu, dia ingin tidur!
“ Huarghh!!! “
Sekali lagi Hannah menguap dengan mulut yang seluas-luasnya. Matanya juga
bergenang angkara menguap panjang. Dia membetulkan sedikit kedudukan tudung
yang mulai senget, lantas kepala dilentokkan kembali ke atas meja kerja.
“ You.. beauty.. Banyak cantik. Saya suka
sama you.. “ bisik Ganesh perlahan.
Antara dengar dan tidak, Hannah tidak menghiraukannya. Dia terus memejamkan
mata dan terus lena.
Ganesh resah di
tempat duduknya. Dengkuran halus Hannah benar-benar mengghairahkannya. Wajah
tenang Hannah yang sedang lena membuatkan emosinya sukar dikawal. Sejak hari
pertama kehadiran Hannah di situ, dia berasa dihargai. Hannah sering ketawa dan
tersenyum. Hannah rajin melayan kerenahnya dan rakan-rakan. Tidak seperti
pekerja-pekerja warganegara yang lain yang sentiasa mencari salah mereka
sebagai pekerja asing. Mereka selalu ditengking dan dimaki jika didapati
melakukan kesalahan walaupun hal yang kecil.
Tidak bagi
Hannah. Hannah menghormatinya dan rakan-rakan yang selayaknya pekerja berbangsa
asing peroleh sebagai manusia. Gadis belasan tahun itu sentiasa jujur dalam
percakapannya tetapi tetap menitikberatkan perasaan orang lain. Berada di sisi
Hannah, dia berasa tenang. Lenyap terus rasa rindu yang bertamu kepada si
isteri di tanah air. Isteri yang tidak pernah dia sentuh dan cintai kerana
terus berhijrah ke Malaysia sejurus majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Bertentang mata dengan isteri pun dia tidak berkesempatan. Hanya sekeping foto
milik isteri dititipkan oleh pihak keluarga untuk dirinya di perantauan.
Wajah polos Hannah ditenung lagi. Ganesh
teringin sangat ingin menyentuh wajah cantik itu. Tanpa disedari, dia mula
mendekati Hannah. Kepala Hannah yang dilitupi sehelai selendang diusap-usap
lembut. Dia meneliti setiap inci wajah Hannah untuk sekian kalinya. Saat dia
melihat bibir mungil Hannah, Ganesh tiba-tiba bernafsu serakah. Dia mendekatkan
wajahnya dengan wajah Hannah untuk mengucup bibir gadis itu tetapi dia terkejut
apabila suasana sekeliling menjadi terang-benderang.
Kelibat beberapa orang rakan sekerjanya
yang sama bangsa membuatkan Ganesh tidak betah duduk berdekatan dengan Hannah.
Tergesa-gesa dia bangkit dan meluru ke mesin yang terletak di suatu sudut, jauh
daripada Hannah. Dia tidak mahu rakan-rakannya yang lain mengesyaki kelakuannya
tadi. Dia mampu menarik nafas lega akhirnya apabila semua sudah mula kembali
bekerja. Begitu juga Hannah. Gadis itu terjaga dan bergegas ke posisi yang sepatutnya bagi menyambung
kerja yang tertangguh.
Buat pertama
kalinya, Hannah menjejakkan kakinya di kantin kilang. Kantin yang dibina khas
untuk pekerja-pekerja. Ataupun dengan lebih tepat, kantin yang bersaiz
sederhana luas itu dikhaskan untuk pekerja-pekerja ofis dan pihak atasan.
Pekerja-pekerja di bahagian buruh disediakan pantri kecil yang kurang
kemudahannya berdekatan tempat kerja. Oleh sebab itu jugalah, Hannah enggan
menapak ke kantin. Dia merasakan pihak kilang mendikriminasikan taraf para
pekerjanya. Sungguh tak adil! Semua pekerja mempunyai hak untuk selesa dengan
kemudahan yang tersedia. Dan semua berhak menggunakannya.
Hannah beratur di
barisan panjang untuk membeli makanan memandangkan perutnya sudah berkeroncong
semacam. Mudah untuk orang lain mengenali dirinya yang dikenakan dengan pakaian
serba biru atau contract uniform yang
menjelaskan bahawa dia merupakan pekerja kontrak. Tiada hak-hak yang istimewa.
Buktinya, dua orang gadis muda yang berusia lingkungan 20an menjeling-jeling ke
arahnya. Melihatkan mulut dua orang gadis itu yang terherot-berot seperti
mencebiknya, Hannah menunduk dan menekur ke lantai.
Oleh sebab
memikirkan nasib perutnya yang minta diisi, Hannah kuatkan semangat. Pandangan
sinis orang sekelilingnya tidak diendahkan. Sesaat kemudian, dua orang gadis
yang diyakini pekerja ofis di kilang membuat bising tiba-tiba. Mereka berbisik
sesama sendiri. Riuh semacam ekoran kehadiran seseorang. Hannah mengangkat
wajah untuk melihat gerangan yang membuatkan gadis-gadis muda berubah menjadi
miang. Encik Firdaus! Hannah menelan air liur.
Ya Allah,
janganlah dia nampak aku! Jauhkanlah pandangannya daripada bertentang dengan
pandanganku. Ya Allah, tolong hamba-Mu yang lemah ini!
“ Tak
pernah-pernah saya nampak pekerja kontrak beli makanan di kantin. Biasanya
mereka bawa bekal dari rumah. Awak terlupa bawa bekal? “ Terasa sinis kata-kata
Firdaus di pendengarannya. Niat nak mengelak tetapi tengok-tengok, dah ada di
sebelah. Nak lari macam mana dah?
“ Err, saya
memang tak bawa bekalan makanan sejak azali. Tapi hari ni, tiba-tiba perut saya
meragam pula. Tu yang terpaksa merangkak ke kantin untuk beli nasi. Kalau
ikutkan hati, saya memang tak ralat nak kunjung ke kantin ni. Dahlah jauh dari
tempat kerja saya, mahal pula tu harga makanannya! Siapalah yang larat beli
setiap hari, habis pokai. Lainlah orang yang poketnya sentiasa penuh. “
Firdaus merenungnya tajam. Hannah buat
muka toya. Dua orang wanita yang memandangnya jelek tadi sudah tercengang
dengan keberaniannya. Tanpa menghiraukan dengusan Firdaus kerana menahan
amarah, Hannah terus berlalu setelah selesai membeli makanan tengah harinya.
“ Huarghh!! “
Mata yang sudah berair dek menguap dipejam rapat. Tidak dia dapat menahan
kantuk yang amat. Kepala yang mulai terasa berat disandarkan ke bangku
berdekatan mesin pengesahan kad pekerja-pekerja. Hannah bermonolog sendirian.
Aihh, awal lagi
ni! Masuk kerja pukul 8 pagi tapi sekarang ni baru pukul 6.35 pagi. Kenapalah
nasib aku ‘baik’ sangat? Nak tak nak, kenalah berkorban sikit. Pak lang kan
kerja juga. Nanti dia pula yang lambat kalau tak hantar aku sebelum Subuh.
Nasib juga ada surau dekat kilang ni. Bolehlah tumpang solat tapi.. arghh! Apa
aku nak buat ni? Dahlah sunyi, orang ramai tak datang lagi. Ada ke orang datang
kerja awal-awal macam ni?
Bunyi derapan
kaki seseorang yang menghampirinya serta-merta membuatkan Hannah tersentak.
Mulutnya tertutup rapat dan tidak lagi mengomel seperti tadi. Hilang terus
omelannya. Dia sabar menanti kehadiran seseorang itu. Apabila figura tegap itu
semakin mendekatinya, dapat dia melihat dengan jelas seorang lelaki yang
berbaju kemeja hitam pekat yang dipadankan dengan seluar slack yang berwarna sedondon. Ya Allah, handsomenya! Hannah memuji dalam diam dengan penampilan kemas si
jejaka tanpa mengesan gerangannya. Namun, saat matanya meneliti wajah si
empunya, dia tercengang. Encik Firdaus!
Firdaus berjalan
selamba mendekati mesin pengesan kad pekerja tanpa menyedari kewujudan
seseorang berdekatan kawasan itu. Seseorang yang terlopong dan khusyuk
merenungnya. Pegangan beg bimbit dan beberapa buah fail diperkemas. Selesai berurusan
dengan mesin tersebut, Firdaus menunduk untuk mengambil sebuah fail yang
terjatuh dari pegangannya. Apabila wajahnya didongakkan, dia terkejut melihat
Hannah yang berada di sebuah bangku berhadapan dengannya. Mata mereka
bertembung. Sepi seketika.
“ Kenapa awal
sangat awak datang kerja ni? “ tanya Firdaus sarkastik. Wajah Hannah tidak
dilihatnya memandangkan dia juga sedang mengawal riak wajahnya. Tidak mahu
dianggap terlalu terkejut dengan kehadiran si gadis di situ. Mestilah nak control macho!
“ Ooo.. err.. tak
ada. Maksud saya, pak cik saya terpaksa hantar saya awal. Tempat kerja dia
jauh. Kalau tak, dia pula yang lambat nanti. “
“ Ermm.. okaylah kalau macam tu. Dah punch card ke belum? Punch card sekarang. Nanti terlupa punch, susah pula. “ Firdaus sempat
mengerling sekilas seraut wajah Hannah yang ayu bertudung bawal berwarna turquoise. Pelik juga dia tatkala Hannah
tidak jemu merenungnya sedari tadi. Mata gadis itu tidak lepas daripada
memandang ke wajahnya. Dia pula yang berasa segan tiba-tiba.
“ Saya dah punch card.. “
Hannah melihat
Firdaus mengangguk-anggukkan kepala sebelum melangkah pergi meninggalkannya.
Dia terus merenung ke arah lelaki itu yang semakin jauh beredar menuju ke pejabat.
Saat kelibat Firdaus hilang dari pandangan, Hannah menyentuh lembut dadanya.
Dia merasakan degupan jantungnya yang laju yang sekali gus menyukarkannya untuk
bernafas. Debaran di hati menyebabkan dia beremosi. Kembali terkenangkan
pemergian arwah papa dan arwah mama.
Wajah kacak
Firdaus bermain-main di fikirannya. Lelaki itu benar-benar merupakan ciptaan
Tuhan yang indah. Sudahlah tinggi lampai, Firdaus juga bertubuh tegap dan
berkulit putih kemerah-merahan. Melihat Firdaus mengenakan baju kemeja berwarna
hitam pekat, aura kacak lelaki itu terus menyerlah dan mencuri sekeping hati
milik Hannah.
Papa.. mama.. Akak rasa, akak dah jatuh
cinta, getus Hannah perlahan. Air mata dibiarkan mengalir.
“ Encik Firdaus, I’ve got a call from
Supervisor Fatimah just now. She told me that one of our contract worker caught
in fighting with our permanent worker. She wanted you to go there as soon as
possible. “
“ What? Fighting? What they are arguing for?
“ Fail-fail diletak tepi. Telefon bimbit dikocek seluar diseluk. Nombor
seseorang didail sebelum dilekapkan alat komunikasi itu ditelinganya. Firdaus
mula bergegas ke muka pintu dan mendekati Qaneef.
“ Sorry,
Encik Firdaus. I don’t have any idea either. “
Pintu lokar
dibuka sedikit. Botol air mineral dicapai sebelum penutupnya turut dibuka.
Hannah membasahkan tekak yang kering. Perut yang sudah berkeroncong meminta
untuk diisi tidak dipedulikan. Aroma daripada bekalan makanan yang dibawa
pekerja-pekerja lain menaikkan seleranya. Tetapi, ditabahkan juga hatinya untuk
menahan lapar. Duit yang sedia ada disimpan elok-elok di dalam tabung. Khas
untuk adik-adik. Biarlah dia berlapar sekalipun, janji bukan adik-adiknya yang
kelaparan. Hannah tersenyum pahit lalu dicapainya pula sebuah novel untuk
pembacaannya pada waktu rehat tengah hari.
Apabila seorang
wanita berusia lingkungan 40-an membuka lokar bersebelahan dengan lokarnya,
Hannah memaniskan muka sebagai tanda hormat. Malangnya, wanita itu atau
dikenali sebagai Kak Kiah menjelingnya tajam. Hannah terkedu. Dia perasan
dengan layanan pekerja-pekerja senior di kilang yang dingin terhadapnya sejak
hari pertama dia bekerja. Untuk sebab apa mereka melayannya sebegitu, dia
sendiri buntu. Tiada jawapan. Sedangkan dia mempercayai bahawa segolongan besar
daripada mereka sepatutnya merupakan rakan-rakan arwah papa dan arwah mama.
Mustahil mereka tidak mengenali ibu bapanya.
Rokiah mendekati
beberapa orang rakannya yang lain. Masing-masing sedang gelojoh menyuapkan nasi
ke mulut. Laparnya bukan kepalang. Mengalahkan orang yang tidak makan seminggu!
Sambil mengoyak balutan roti berkrim di tangan, Rokiah sempat mengutuk dan
bergosip.
“ Aku tak tahulah
budak-budak zaman sekarang ni. Belum habis belajar lagi, dah menggatal nak
bekerja. Tak sedar diri ke yang diri tu tak layak bekerja. Umur separuh jagung,
ada hati nak menyara keluarga. Kononnyalah! “ ujar Rokiah dengan senyuman
sinisnya.
“ Entahlah.
Budak-budak mentahlah katakan, Kiah oi! Nak buat macam mana kalau dia orang dah
tak ada hati nak sambung belajar, “ sampuk seorang rakan Rokiah dengan mulut
yang masih penuh dengan nasi.
“ Nak sambung
belajar macam mana kalau otak tu memang bodoh? Tak ada maknanya pusat-pusat
pengajian dekat Malaysia ni nak ambil budak-budak tak pandai macam ni.
Alamatnya, kerja ajalah! Dah otak bodoh, nak buat apa lagi, “ sahut seorang
lagi yang berada di situ.
Hannah tersentak.
Terhenti pembacaannya. Dia mengangkat wajah memandang ke arah kelompok
pekerja-pekerja senior yang seperti sedang menyindirnya. Pedih kata-kata mereka
menusuk ke kalbu. Tetapi kalau diamati, hanya dia merupakan pekerja muda dan
berumur belasan tahun. Lebih tepat, budak lepasan SPM. Tiada lagi pekerja yang
sama usia dengannya. Semua berumur dalam lingkungan 20an hingga 40an. Paling
muda pun, Kak Suraya yang berumur 28 tahun. Siapa lagi yang mereka maksudkan
jikalau bukan dirinya?
Dan apabila mata
Hannah bertembung dengan mata milik Rokiah, wanita berusia dan sebaya arwah
mama itu tersenyum mengejek. Hannah hampir mengalirkan air mata tetapi sempat
ditahan. Kesabaran dipupuk terlebih dahulu. Dia menanti kata-kata dan luahan
ketidakpuasan Rokiah kepadanya.
“ Eleh, samalah
dengan mak dia yang dah mati tu! Habis aja SPM, terus bekerja. Tak ada dah nak
sambung belajar bagai. Apa yang dia tahu, dia bekerja dan bodek bos. Dia
pandai-pandailah goda mana-mana lelaki kaya untuk dijadikan suami. Alang-alang dah
dapat boleh tumpang senang! “ Dekahan ketawa Rokiah mengiringi lelehan air mata
Hannah yang membasahi wajah gadis muda itu. Hannah sudah bangkit mendekati
mereka.
“ Tapi kan, macam
manalah Abang Arman tu boleh terpikat dengan si Aisyah yang tolol tu? Bukannya
lawa pun betina tu, kaki bodek! “ sambung Rokiah dengan hilaian tawa.
Pang!
Tangannya
menggeletar hebat. Dadanya berombak dan nafasnya tidak teratur. Air mata sudah
mengalir lebat. Masih dia terasa saat telapak tangannya menampar pipi salah
seorang pekerja senior yang biadap bernama Rokiah. Dia mencerlungkan matanya
memandang tajam ke arah wanita berusia itu. Lenyap terus rasa hormat dan
kesabaran yang cuba dipupuk tadi. Dia tiba-tiba hilang pertimbangan dengan
tuduhan yang tidak berasas mengenai arwah ibu bapanya yang dilemparkan Rokiah.
Pada masa yang
sama, Firdaus dan Qaneef tiba di muka pintu pantri dan menyaksikan adegan
Hannah menampar Rokiah. Firdaus menolak kasar tubuh Hannah dan mendapatkan
Rokiah yang terpempan sambil memegang pipinya yang terasa pijar dek tamparan
Hannah. Dia tidak lagi mempedulikan nasib Hannah yang terjelepuk di lantai
kerana tolakannya. Suasana pantri menjadi tegang.
“ Hannah, kenapa
awak tampar Kak Kiah? Apa salah dia? Kenapa awak tak reti nak hormat orang
lebih tua daripada awak? “ jerkah Firdaus yang naik berang. Dia sendiri
terkejut menyaksikan Hannah tegar memperlakukan Rokiah sebegitu. Tidak
sepatutnya gadis remaja seperti Hannan berkelakuan biadap dan tidak sopan
dengan menjatuhkan maruah orang lain
yang lebih berusia.
“ Encik Firdaus..
saya.. saya minta maaf.. “
“ Orang yang
sepatutnya awak minta kemaafan ialah Kak Kiah. Bukannya saya! “
“ Tapi, saya
cuma.. saya.. “ Teresak-esak Hannah yang menekur di lantai. Firdaus terlebih
dahulu menyampuk sebelum dia berpeluang membela diri.
“ Cuma apa?
Jangan nak gunakan alasan mak bapa awak dah meninggal, tiada siapa ajar awak
adab sopan dengan orang lain. Faham?! “
Hannah terkedu.
Dia mengangkat wajah mencari wajah Firdaus yang bengis. Air matanya mengalir
laju dengan renungan tajam lelaki itu. Esakannya semakin kuat apabila tiada
sesiapa pun di situ membelanya. Selepas Firdaus dan Qaneef berlalu, seorang demi seorang pekerja beredar
meninggalkan dirinya. Hanya seseorang yang masih berada di pantri
bersama-samanya. Kak Mas.
“ Maafkan, akak.
Akak.. akak tak berani nak.. “
“ Tak apa, kak.
Saya faham. “ Genggaman tangan Kak Mas ditangannya berbalas. Hannah tersenyum
pahit.
“ Tapi,
percayalah. Arwah ibu Hannah bukan macam tu orangnya. Arwah seorang yang sangat
baik dan lemah-lembut. Dari dulu, masa arwah masih hidup, Kiah selalu iri hati
dengan arwah. Semua yang arwah buat, semua salah di mata dia. Sehingga ke hari
ni, nampaknya Kiah masih berdendam dan dengki dengan arwah. Buktinya, Hannah
jadi mangsa.. “
“ Kenapa? Apa
yang arwah mama dah buat? Mama rampas papa daripada Kak Kiah ke? “ tanya Hannah
dengan sendunya yang masih kedengaran. Mastura mengesat perlahan air mata anak
arwah rakan baiknya itu.
“ Tak ada istilah
siapa merampas siapa. Arwah Arman memang ditakdirkan untuk arwah Aisyah. Kalau
Hannah nak tahu, papa Hannah tu sebenarnya budak praktikal aja dekat sini dulu.
Tapi, dia tekad untuk terus bekerja di sini lepas habis belajar sebab mama
Hannah. Akak ingat lagi waktu pertemuan pertama Arman dengan Aisyah. Tak
berkelip langsung mata Arman tengok si Aisyah. Cinta pandang pertama rasanya! Tiga
bulan Arman menjalani praktikal, tempat yang dia selalu pergi, mesti tempat
Aisyah bekerja. Datang kerja, waktu rehat dan balik kerja, mesti muka Arman
terjengul menunggu Aisyah. Pernah juga dulu kecoh satu kilang sebab gara-gara
Arman meluahkan rasa cintanya kepada Aisyah dalam tulisan Jawi di dinding ofis.
Akaklah orang yang tolong terjemahkan tulisan tu kepada mama Hannah
memandangkan arwah tak reti baca tulisan Jawi.
Sejak tu, mereka
berdua sering kali dilihat berkepit sana sini sampailah Kiah tu mula berasa
cemburu. Cemburu tak bertempat. Walaupun macam-macam dugaan dan fitnah yang dilemparkan
kepada Aisyah dan Arman, cinta mereka tetap berkekalan hingga ke jinjang
pelamin. Dan insyaallah, cinta mereka utuh hingga ke jannah Allah. Akak doakan
roh mereka dicucuri rahmat-Nya.
Hannah,
bersabarlah ya. Tuhan tu Maha Adil. Ada balasannya nanti untuk orang-orang yang
berhati busuk. Akak yakin Hannah kuat orangnya. “
Tubuh Mastura
dipeluknya erat. Dia menangis teresak-esak di bahu wanita itu. Hiba dan
terharunya dia dengan kisah cinta arwah papa dan mama yang diceritakan tadi.
Dia amat mengagumi kekentalan hati pasangan itu mengharungi onar hidup. Sempat
dia memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi di dalam hati.
Di sebalik dinding, Rokiah terkesan dengan
kisah hidup arwah Aisyah dan arwah Arman. Baru dia menyedari kini bahawa
jahatnya dia kerana sanggup memperlakukan Aisyah dan Arman sebegitu kejam pada
saat pasangan itu masih hidup di dunia. Dia terasa air matanya mengalir di
pipi. Menyesali kekhilafan silam yang mengheret dirinya ke lembah hina. Terus
berdendam dengan orang yang telah tiada.
“ Encik Firdaus, can I say something to you..
for a second? “ Qaneef menggigit bibir.
“ We.. talk? “
“ Yes. Can I? “
Melihatkan
anggukkan kepala Firdaus, Qaneef menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari
kekuatan untuk meluahkan pendapat sekali gus memberikan nasihat kepada ketuanya
berkenaan peristiwa yang berlaku semalam antara Hannah dan Rokiah. Dia pasti
ketuanya itu bersikap kurang adil dalam menyelesaikan kes tersebut. Oleh itu,
kesilapan Firdaus harus ditegur demi kebaikan semua pihak.
“ Terlebih
dahulu, saya nak minta maaf. Pasal semalam. Maksud saya, Encik Firdaus dah
bersikap kurang adil terhadap Hannah especially.
Ya, saya tahu yang orang muda perlu hormat kepada orang yang lebih tua. But, I bet that she must had her own reasons
why she behaved like that last night. And
you chose to not hear her excuses. Erm.. what do you think? It’s not fair, right? For her?“
Firdaus terdiam. Peristiwa semalam
terlayar kembali di ingatannya.
Pintu bilik
bahagian proses pembungkusan dipandang kaku. Di dalam hati, dia sudah
berkira-kira untuk melangkah masuk tetapi rasa bersalah yang bersarang atas
ketelanjurannya membantutkan niat. Nafas ditarik dan dihembus untuk beberapa
kali. Saat tombol pintu dipegang, rasa gemuruh menyerangnya. Dan terus dia
melatah tatkala ditegur dari arah belakang oleh seseorang.
“ Encik Firdaus?
“
Firdaus menoleh.
Terkelu lidahnya menatap wajah Hannah. Terlalu terkejut dengan kehadiran gadis
muda itu. Hannah berada di hadapannya kini!
“ Encik Firdaus
tak nak masuk? “ tanya Hannah dengan muka pelik.
“ Err.. urm..
saya.. saya nak masuklah ni! Awak tu, curi tulang eh? “ Firdaus menyerkap
jarang. Sekadar mengelak daripada pengetahuan Hannah bahawa dia benar-benar
berasa terkejut tadi. Dia berdehem-dehem.
“ Mana ada saya
curi tulang! Saya pergi tandaslah. Nak tut.. tut.. “
“ Hah, tut.. tut.. ? Awak buat apa? “
“ Alah, yang
tut.. tutlah.. alah.. yang.. “
“ Apa alah, alah?
Cakap ajalah! “
“ Kencing! Saya
pergi kencing tadi. “
Terbeliak mata
Firdaus mendengarkan perkataan yang disebut Hannah. Gadis itu sudah menunduk
akibat renungan maut daripada Firdaus.
“ Ish, ada ke
benda alah tu yang disebutnya! “
“ Dah Encik
Firdaus tanya, saya jawablah.. “
“ Tengok! Pandai
menjawab awak ya? Menjawab, menjawab lagi. “
“ Encik Firdaus
ni, kan! Tu pun salah. Habis tu, takkanlah saya.. “ Kata-kata Hannah dipintas
oleh Firdaus. Lelaki itu menolak tubuhnya hingga terdorong masuk ke bilik,
tempat kerjanya.
“ Awak ni banyak
mulutlah! Dah, masuk cepat, “ arah Firdaus tegas. Terselit senyuman di hujung bibir.
Hannah kembali ke
posisinya dan meneruskan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Tumpuan diberikan
sepenuhnya terhadap kerja. Peket-peket diambil dengan cermat dan berat bahan
ditimbang sebelum tangannya laju menyusun produk tersebut di dalam sebuah
bekas. Dia terlalu khusyuk sehingga tidak mempedulikan rakan-rakan sekerjanya
mahupun Firdaus. Leka dengan tugas, dia tidak menyedari bahawa sepasang mata
sedang mengamati dirinya.
Kerusi ditarik
dan punggung dilabuhkan. Fail yang berat sehingga menyebabkan tangannya menjadi
lenguh diletakkan di atas meja kerja yang berdekatan. Firdaus terus-menerus
merenung Hannah dari jauh. Kecekapan si gadis bekerja menarik perhatiannya.
Terlupa terus dia akan tujuan sebenar kehadirannya ke situ. Firdaus tersenyum
sendiri melihat Hannah. Namun, hatinya tiba-tiba dilanda rasa bimbang apabila
terpandangkan seorang pekerja berbangsa asing yang juga merenung ke arah
Hannah. Renungan yang tajam dan menggerunkan.
Firdaus cuba
memastikan keadaan dan situasi yang kurang menyenangkan itu. Tidak semena-mena
dia bersyak-wasangka terhadap Ganesh, nama yang diketahui berdasarkan tanda
nama yang terdapat di poket contract uniform milik pekerja lelaki berbangsa
asing tersebut. Dia dapat merasakan
bahawa ada sesuatu yang pelik mengenai Ganesh dan semestinya membabitkanHannah.
Melalui pemerhatiannya, perwatakan aneh dan renungan tajam Ganesh menunjukkan
seperti lelaki itu memasang niat untuk memudaratkan Hannah. Baru sahaja Firdaus
melangkah untuk berhadapan dengan Ganesh, Qaneef terlebih dahulu menyahut
namanya di muka pintu.
“ Encik Firdaus, urgent! “
Wajah Hannah dipandang sekilas sebelum dia
berlalu mendapatkan Qaneef. Masih sempat dia berdoa agar gadis muda itu dalam
keadaan yang selamat dan prasangkanya terhadap Ganesh adalah suatu kesilapan.
“ Kau ni memang
tak ada otak! Tak sedar diri. Sebiji macam mak kau yang dah mati tu. Asyik
kerjanya tahu menggoda bos-bos aja! “ Rokiah melenting dengan suaranya yang
bernada tinggi. Tudung bawal yang meliputi kepala Hannah ditarik-tarik kasar.
Meluap-luap
amarahnya apabila terbaca sedikit isi luahan hati Hannah di dalam diari gadis
muda itu. Terkejut bukan kepalang dia mengetahui Hannah menyukai Firdaus dalam
diam-diam. Rokiah mencebik. Jelek dengan perangai buruk anak perempuan musuhnya
dahulu. Hurm, anak-beranak kaki goda. Padan sangatlah tu!
“
Astaghfirullahalazim, Kak Kiah! Apa yang akak cuba cakapkan ni? Apa lagi yang
akak tak puas hati dengan saya? Siapa pula yang goda bos ni? Saya tak faham. “
Air mata sudah bergenang di tubir mata. Hanya menunggu saat untuk mengalir.
Hannah memandang sayu wajah Rokiah.
“ Tak payah nak
berdrama dekat sini! Macam aku tak tahu yang kau ada hati dengan budak Firdaus
tu, kan? Hurm, tulah perangai buruk kau yang sama macam mak kau! “
Hannah tersentak.
Jantungnya bagai berhenti berdegup. Saat nama Firdaus dilafazkan oleh Rokiah,
dia sudah terdiam seribu bahasa. Rahsianya menyukai Firdaus yang telah
diketahui oleh wanita itu juga membuatkan seluruh tubuhnya menggigil tanpa
sebab. Dia menangis apabila Rokiah mencampakkan diarinya yang telah dibaca
kepadanya. Helaian-helaian muka surat diari yang telah dikoyak dengan sengaja
dikutip satu persatu. Hannah teresak-esak.
“ Bodoh! “ maki
Rokiah sambil melangkah mahu beredar. Dibiarkan Hannah menunduk mengutip
helaian muka surat diari yang dikoyakkannya. Tetapi, dia terkejut mendengarkan
jerkahan daripada Hannah. Mati langkahnya.
“ Siapa bodoh?
Saya ke atau akak? Kenapa? Nak mengamuk dengan saya? Tak puas lagi nak hina
saya? Hinalah! Maki ke, caci ke. Saya tak kisah. Tapi, jangan sesekali libatkan
arwah mama dan papa. Saya tak suka! Dan saya peliklah kenapa akak cakap saya ni
bodoh. Salah ke untuk saya sukakan orang lain? Perasaan tu datang sendiri. Tak
pernah saya terniat nak goda siapa-siapa.
Saya
berterus-teranglah dengan akak. Ya, saya memang sukakan Encik Firdaus! Suka
sangat-sangat. Salah ke? Sekurang-kurangnya perasaan ni jujur lahir dari hati
saya. Bukannya macam akak yang selalu iri hati dengan orang lain. Selalu cari
kesalahan orang lain sampai buta nak lihat kesilapan sendiri. Terus berdendam.
Hati busuk! “ Dengan lelehan air mata, Hannah meluahkan segala isi hatinya yang
terbuku selama ini. Dia melampiaskan amarahnya yang terpendam terhadap kata-kata
hinaan dan cacian Rokiah. Hilang rasa hormatnya kepada wanita itu apabila emosi
mengawal akal rasionalnya. Luka di hati seperti terubat sedikit walau kesannya
masih berdarah jika ditoreh.
Sesaat kemudian,
Hannah mendongak mencari seraut empunya suara garau yang menuturkan kata-kata
sinis kepadanya. Air mata semakin lebat apabila hatinya dilukakan lagi dengan
pengakuan lelaki itu. Wajah ditunduk kerana enggan berhadapan dengan lelaki
yang telah menghancurkan hatinya.
“ Saya tak kisah
sama ada awak suka saya atau tak. Kerja tetap kerja. Saya majikan dan awak
pekerja. Dan untuk pengetahuan awak, saya seorang yang profesional. Saya takkan
sesekali campur-adukkan antara kerja dan hal peribadi. Saya harap awak faham
prinsip hidup saya. Saya tak nak ada lagi kes awak dan Puan Rokiah bergaduh.
Kalau tak, saya terpaksa ambil tindakan keras. Faham? “
Firdaus berdiri
tegak antara Hannah dan Rokiah. Kedua-dua pekerjanya kelihatan terdiam dan
tidak saling bertegang urat seperti tadi. Masing-masing menunduk wajah dan
menekur ke lantai. Hanya esakan Hannah yang sekali-sekala kedengaran.
“ Puan Rokiah
boleh sambung kerja, “ arah Firdaus perlahan tetapi bernada tegas. Pandangannya
mengiringi langkah Rokiah yang mula beredar. Setelah kelibat Rokiah tiada, dia
mula menghadap Hannah kembali.
“ Saya tak
fahamlah dengan awak! Susah sangat ke untuk awak beri hormat kepada Puan
Rokiah? Mana adab sopan awak? Apa yang awak tak puas hati dengan dia? Ke awak
masih tak puas hati dengan saya sebab menyebelahi dia? Saya dah minta maaf, dah
kira cukup bagus tau! Apa lagi yang awak nak? “
“ Saya nak Encik
Firdaus memahami saya! Tu dah cukup. “ Hannah menentang pandangan Firdaus.
“ Memahami awak?
Siapa awak untuk saya memahami awak? “
“ Sebab saya
pekerja kepada encik. “
“ Saya tak pernah
ada pekerja macam awak. Awaklah pekerja paling menyusahkan. Saya malas nak
ambil tahu pasal awak. “
“ Apa? “
“ Saya bagi amaran terakhir kepada awak!
Jangan buat kecoh lagi. Kalau kerja, buat cara kerja. “ Langkah mula diatur.
Firdaus memandang sekilas ke arah Hannah sebelum meninggalkan gadis itu yang
kembali tersendu-sendu.
“ Where are you going? All the time I come to
find you but you were not there. I’m calling you but didn’t answer me. “
Fail-fail di tangan diletakkan di atas meja Firdaus. Qaneef mulai berasa risau
melihat wajah kusut ketuanya. Dah tak serupa muka orang! Macam muka orang
hilang akal pun ada.
“ I’m so sorry. Kenapa? Ada apa-apa? “
Dengan mata yang kuyu, Firdaus mengagahi dirinya untuk menjawab.
“ Oh, nothing! I’m just worry about you. You
look so horrible and.. pathetic.. “ Tergeliat jugalah lidah Qaneef untuk
menuturkan kata-kata yang agak kurang sopan terhadap ketuanya. Tetapi, itulah
kenyataan. Firdaus kelihatan sungguh kasihan dengan wajah yang sememeh.
“ Have a seat.. “
“ Huh? Encik Firdaus, I didn’t mean it! Please
forgive me.. “
“ Just.. seat, Qaneef. “ Muka Firdaus beriak
serius. Qaneef pula sudah takut-takut dengan ketuanya. Namun, dia tetap akur
akan arahan lelaki itu.
“ Qaneef, you rasa I ni kejam ke? I mean,
macam mana sikap I dengan
pekerja-pekerja? “
“ Eh, tak adalah!
Encik baik aja dengan semua orang. Kenapa ni? Ada apa-apa berlaku ke? “
“ Saya.. err,
saya.. Pasal Hannah.. “ Tergagap-gagap Firdaus meluahkan yang terbuku di hati.
Jelas dia tidak mampu menanggung beban perasaan seorang diri. Dia memerlukan
seseorang untuk memberikan pendapat untuk menenangkan jiwanya yang bergolak.
Semuanya tentang gadis itu. Segalanya tentang Hannah.
Sepanjang
riwayatnya, Firdaus tidak pernah merasakan perasaan yang melanda dirinya saat
ini. Lebih-lebih lagi dengan mana-mana wanita yang pernah muncul dan wujud di
dalam hidupnya. Semua yang dikenali hanya dianggap sebagai sahabat dan tidak
pernah lebih tarafnya daripada itu. Tetapi kehadiran Hannah membuatkan hidupnya
menjadi sukar. Setiap kata dan lakunya terhadap Hannah seperti dikawal agar
tiada yang bakal mengguriskan hati si gadis. Dia mula belajar untuk
menitikberatkan perasaan orang lain sejak dia mengenali Hannah. Tiba-tiba dia
menjadi seorang yang prihatin terhadap soal hati.
“ Lah, ni pasal Hannah ke? I ingatkan apa tadi. Apa pula kaitan
diri encik kejam dengan diri Hannah? “ Qaneef mengecilkan matanya yang sedikit
terselindung dengan kaca mata yang dipakai.
“ Saya.. Arghh,
tak tahulah! Saya pun tak faham kenapa budak tu susah sangat nak hormat orang
lain. “
“ Encik Firdaus,
tak semestinya apa yang kita lihat atau kita dengar adalah betul.
Kadang-kadang, disebabkan kita terlalu cepat buat kesimpulan hingga kita
terlupa untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak. Itu yang boleh
berlaku kes salah faham. Sebelum kita tuduh yang bukan-bukan, baik kita selidik
dulu. Takut yang benar kita sisihkan dan sebaliknya. “ Terawang-awang tangan
Qaneef menjelaskan apa yang difahaminya. Bersungguh-sungguh dia memberikan khidmat
‘kaunseling’ secara percuma kepada Firdaus.
Dia tersenyum akhirnya melihat Firdaus
yang terangguk-angguk mengiyakan kata-katanya. Lelaki itu kembali tersenyum dan
mula berbincang dengannya soal yang berkaitan kerja. Hilang terus suasana suram
tadi. Dan tiada lagi perihal Hannah disebut.
“ Hah, kak!
Kenapa akak nak jumpa Hannah ni? Ada hal penting, eh? “ Tersenyum Hannah
apabila terpandang kelibat Qaneef yang
sedang menunggunya di sudut koridor. Wanita muda itu turut membalas
senyumannya. Mereka berpeluk dan saling bersalaman. Terus diunjukkan bungkusan
plastik kepada Hannah.
“ Nah, bagi
makanan ni kepada Encik Firdaus! “ Terlopong Hannah dengan tingkah pelik Qaneef
yang terkocoh-kocoh berlalu setelah bungkusan makanan diserahkan kepadanya.
Berlari anak Qaneef meninggalkan Hannah yang terpinga-pinga. Hannah masih
tercegat di posisinya walaupun kelibat Qaneef sudah menghilang dari pandangan.
Ya Allah, apa
yang aku perlu buat ni? Kena ke aku bagi makanan ni kepada ‘malaun’ tu? Dahlah bergaduh bagai nak
rak. Ke aku pass makanan ni kepada
siapa-siapa, suruh hantarkan dekat dia? Ish, aku buang ajalah makanan ni!
Matanya
meliar-liar mencari tong sampah yang berdekatan. Bersedia untuk membuang
bungkusan plastik yang berisi sebekas polistirena. Saat penutup bekas tong
sampah diangkat, seseorang menegur dari arah belakangnya. Hannah kaku di
posisinya, lantas plastik makanan di dalam pegangan disorokkan ke belakang.
Tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
“ Hannah, itu
Encik Firdaus panggil you laa.. “
ujar Rash dengan sengihannya yang meleret. Dia senang hati ingin menyampaikan
arahan Qaneef kepada Hannah. Laju saja kakinya melangkah mendapatkan gadis yang
dikenalinya itu. Dia amat menyenangi sikap Hannah yang ceria dan baik hati.
Jadi, dia sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk membantu orang yang telah
berbaik dengannya. Tidaklah seperti pekerja warganegara yang lain yang hanya
tahu memandang rendah dirinya, golongan orang yang berbangsa asing.
“ Alah, yeke? Okaylah, thanks ya.. “ balas Hannah malas sambil kakinya melangkah lemah ke
bilik pejabat Firdaus. Mulutnya terkumat-kamit mengomel sendirian. Rash hanya
menggeleng-gelengkan kepala dengan gelagat Hannah sebelum dia pun beredar dari
situ.
Jari-jemari
digenggam beberapa kali. Hatinya berbelah-bahagi untuk mengetuk pintu bilik
pejabat Firdaus. Hannah masih setia tercegat mengumpul kekuatan. Seketika dia
mengeluh dan bertalu-talu pintu diketuk. Suara milik Firdaus dari dalam
mendebarkannya. Pintu dikuak perlahan lalu dia melangkah masuk.
“ Awak nak apa
lagi? Bergaduh dengan siapa pula kali ni? “ tanya Firdaus sarkastik. Terus
menyerang Hannah yang terjeda.
“ Ni.. tadi..
err.. makanan encik. Saya pergi dulu. “ Segera bungkusan plastik di tangan
diletakkan di penjuru meja kerja Firdaus. Dapat dia melihat lelaki itu yang
menjengahkan kepala sedikit ke bungkusan yang diterima.
Ketika dia ingin berlalu, bungkusan
makanan tadi dicampak oleh Firdaus ke dalam bekas sampah mini yang bersebelahan
meja kerja lelaki itu. Langkahnya tetap diatur walaupun dia makan hati dengan
tindakan Firdaus seperti yang tidak sudi menerima apa-apa daripadanya. Air mata
pun mengalir seraya dia berjalan jauh dari situ.
Firdaus
menggeliat. Sehari suntuk dia menghabiskan waktunya di pejabat amat memenatkan.
Tubuhnya kini benar-benar keletihan. Kerja-kerja yang sentiasa menuntut dirinya
bersekang mata dipandang sepi. Dia tersandar lemah di kerusi. Kepala
diurut-urut bagi meredakan rasa sakit di bahagian itu. Suhu pendingin hawa segera
direndahkan.
Dia bangkit lalu
berjalan menuju ke jendela pejabat yang dihiasi dengan tirai. Saat dia mengelak
tirai, kelibat Hannah yang melintasi pejabatnya menuju ke bahagian kilang
menarik perhatian. Sekilas jam di pergelangan tangan ditelek. Jam menunjukkan
tepat pukul 10.30 malam. Berkerut-kerut dahinya memikirkan kehadiran gadis itu
di kilang pada waktu selewat begitu. Tanpa berfikir panjang, Firdaus bergegas
keluar daripada pejabat dan cuba mengejar langkah Hannah.
“ Hannah! “
laungnya yang termengah-mengah. Lega rasanya apabila gadis itu berhenti
daripada menjauhinya. Firdaus mendekati Hannah yang terkedu.
“ Kenapa tak
balik lagi? Dah pukul berapa ni? “
“ Encik Firdaus,
salah ke kalau saya balik lewat? Saya minta maaf. Saya ada kerja. “ Hannah
berpaling ingin berlalu tetapi terkaku tatkala lengannya dipaut kemas oleh
Firdaus. Dia meronta-ronta supaya Firdaus melepaskannya, namun sebaliknya yang
terjadi. Lagi erat pegangan lelaki itu. Matanya dicerlungkan sebagai tanda
amaran. Bibir bawah diketap menahan geram.
“ Bila saya
tanya, jawablah! Apa yang susah sangat nak jawab? Awak pergi balik sekarang! “ Firdaus
hilang kawalan. Tidak semena-mena dia menjadi berang dengan respon Hannah.
Wajahnya yang putih pucat bertukar kemerah-merahan kerana menahan amarah.
“ Saya kerja over timelah hari ni! Saya balik pukul
12 malam nanti. Lepaskanlah! Encik Firdaus ni kenapa? “
“ Siapa lagi yang
kerja over time? “ Suaranya mulai
mengendur. Wajah Hannah direnungnya tajam. Namun, dia menelan air liur kesat
apabila melihat air mata mengalir di pipi gadis muda itu. Pandangan terus
dihalakan ke arah lain. Tidak mahu bertentangan mata dengan Hannah. Firdaus
membisukan diri.
“ Apa sebenarnya
masalah Encik Firdaus? Penting ke dengan siapa saya bekerja pun? Saya hanya
pekerja, encik pula majikan saya. Saya sedar kenyataan tu. Encik tak puas hati
dengan saya kan? “
“ What are you talking about? Stop nonsense.
I’m just asking the question and you need answer me.. “
“ Iyalah, yang
Encik Firdaus sibuk sangat pasal saya, kenapa? Saya ada buat silap ke? Tak kan?
“
“ Saya cuma
risaukan awak! Salah ke? “
Hannah sudah
terpempan. Serta-merta tangisnya terhenti. Terkejut dengan kata-kata Firdaus,
dia memandang lelaki itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Begitu juga
dengan Firdaus. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata itu yang bakal
diungkapkannya. Rasa bimbang terhadap Hannah melebihi dari segala-galanya
sehingga dia meluahkan isi hati yang ingin dipendam. Suatu rasa yang mula
bertapak di hati dengan kehadiran Hannah di dalam hidupnya.
“ Ehem, saya..
saya dengan Ganesh dan.. “ Kata-kata Hannah dipintas oleh Firdaus. Lelaki itu
kelihatan amat bimbang dengan kedutan yang melatari di dahi.
“ Apa? Ganesh?
Ah, tak payah kerja over time! Pergi
balik sekarang. Call siapa-siapa
untuk datang ambil awak.. “
“ Eh, asal pula? Tak ada! Saya dah janji
nak kerja over time hari ni. Okaylah, saya pergi dulu! “ Terlerai jua
pautan Firdaus di lengannya. Dia segera melarikan diri dan menjauhi lelaki itu.
Jeritan Firdaus yang memanggilnya dibiarkan tidak bersahut. Dia menonong masuk
terus ke dalam bangunan tempatnya bekerja. Keluhan dilepaskan setelah dia pasti
kelibat Firdaus tidak kelihatan.
“ Rash, let me switch off the lights. You may
go. I’ll check around to make it sure, “ ujar Hannah dengan senyuman yang
tidak pernah lekang. Rasa selesa berkawan dengan pekerja berbangsa asing itu
menyebabkan tiada jurang antara mereka dalam persahabatan yang terjalin. Hati
budi Rash membuatkan Hannah menghormati lelaki yang merupakan salah seorang
rakan sekerjanya itu.
“ Oh, okay if you say so. “ Rash hanya
akur. Senyuman Hannah dibalasnya.
“ But, do you see Ganesh? Where’s he? “
Matanya meliar memandang sekeliling mencari kelibat Ganesh. Tetapi, hampa
apabila tempat kerja mereka sudah lengang dan menjadi sepi. Ramai pekerja
pulang pada petang tadi. Hanya mereka bertiga yang diberikan tanggungjawab
untuk mengawal mesin yang beroperasi hingga lewat malam.
“ I don’t know. I think he just got here and
disappear. Maybe he’s already home without our knowing. “
“ Oh, really? “ Perasaan pelik mulai
bertamu di hati. Hannah tersenyum hambar apabila Rash meminta izinnya untuk
pulang terlebih dahulu. Tentang Ganesh dibiarkan tanpa mengetahui sebab lelaki
itu menghilangkan diri.
Kawasan tempat
kerja di bahagian pembungkusan yang luas kelihatan seram dengan suasana yang
sunyi dan dingin. Satu persatu suis lampu ditutup. Hannah mengagahi dirinya
untuk meninjau ke seluruh tempat untuk memastikan tiada sebarang perkakas
elektrik yang terpasang. Meremang bulu romanya apabila suasana menjadi gelap.
Dan dia terjerit kecil saat bahunya dipegang lembut oleh seseorang, lantas dia
menoleh. Lega sedikit rasanya melihat kehadiran Ganesh di situ.
“ Ya Allah,
Ganesh! Apa yang you buat dekat sini?
Tak balik lagi? “ tanya Hannah tercungap-cungap. Dadanya yang berentak laju
kerana terlalu terkejut tadi diusap-usap perlahan. Wajahnya diangkat untuk memandang
Ganesh yang hanya berdiam. Dia terus mengerutkan dahi hairan dengan keadaan
lelaki itu yang berpeluh.
“ You okay? Tak sihat ke? “
“ Saya suka sama you.. “ luah Ganesh perlahan dan
mendayu. Dia mula melangkah mendekati Hannah yang tercengang.
Tersentak dengan
pengakuan berani Ganesh itu, Hannah bertindak membuka langkah seribu dan
beredar dari situ. Saat dia gagal memulas tombol pintu keluar dari tempat
kerja, seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Sedaya-upaya dia mencuba membuka
pintu yang dipercayai telah terkunci dari luar tetapi usahanya sia-sia. Dia
menjerit sekuat-kuatnya hingga bagai hendak terkeluar anak tekak apabila
tubuhnya dipeluk erat oleh Ganesh.
Air mata
terhambur deras ketika dia merasakan tubuhnya diheret ke suatu sudut yang
gelap. Sudah puas dia meronta-ronta minta agar dilepaskan. Namun, Ganesh sama
sekali tidak mengendahkan dengan rayuannya. Dia juga berusaha menghalang
tindakan rakus lelaki itu yang cuba melucutkan pakaiannya. Tetapi, kudratnya
menjadi lemah apabila Ganesh menamparnya berkali-kali. Terasa dunia berputar.
Pandangannya menjadi berpinar-pinar. Dia menangis semahu-mahunya. Hanya doa
yang dipanjatkan dengan linangan air mata.
Bukk!
Suatu bunyian
kuat menampar gegendang telinganya. Terus tubuh Ganesh yang menghempap dirinya
lenyap. Tiada lagi kucupan ghairah Ganesh yang meliar di sekitar lehernya tadi.
Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka melihat keadaan sekelilingnya yang gelap.
Sekali-sekala kedengaran desahan nafas dan bunyi tumbukan yang saling berbalas.
Hannah teresak-esak tatkala melihat figura yang amat dikenalinya sedang
mendekati dirinya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaannya dan betapa
malu dirinya apabila terpaksa merelakan Firdaus melihat keadaanya yang tanpa
seurat benang pun di tubuh.
Firdaus
menanggalkan kot hitamnya lalu dikenakan ke tubuh Hannah bagi menutupi aurat
gadis itu yang terdedah. Dia turut mengalirkan air matanya apabila tangisan si
gadis semakin kuat. Pantas tangannya menyeluk telefon bimbit di kocek dan
nombor Qaneef didail. Tubuh Hannah dipeluk kejap bagi menenangkan si gadis.
Tudung bawal yang dipercayai milik Hannah yang tercampak di suatu sudut
diambil. Segera dia mengenakan tudung tersebut ke kepala Hannah menutupi rambut
gadis muda itu yang terurai.
Dengan
berhati-hati, tubuh Hannah dicempungnya dan dibawa keluar dari tempat gelap itu
dengan bantuan Qaneef yang baru tiba. Terlopong Qaneef melihatkan keadaan
mereka berdua. Wanita itu melakukan tugasnya tanpa banyak soal. Diletakkan
tubuh Hannah di atas katil di bilik sakit yang terdapat di kilang. Sejurus itu,
dia berlalu dan menunggu di bangku di luar bilik. Ditinggalkan Qaneef dan
Hannah. Memberi ruang privasi.
Beberapa minit
kemudian, terkuak pintu bilik dan terjengul wajah Qaneef yang dilanda
kerisauan. Qaneef melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Firdaus. Lelaki
itu mengangkat wajah memandang pembantu peribadinya.
“ How’s she? “
“ What’s actually just happened? Who’s did this
to her? “
Firdaus meraup
wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Tidak dapat menahan sebak, dia mengalirkan
air matanya di hadapan Qaneef. Tersendu-sendu dia menceritakan hal yang terjadi
sebentar tadi. Kejadian yang hampir meragut maruah Hannah.
“ Encik Firdaus, Hannah okay. Dia tertidur. Mungkin terkejut dengan apa yang dah berlaku.
Pergilah jenguk dia sekejap. Jangan risau, saya ada di sini. Saya tunggu di
luar. “ Qaneef tersenyum. Baru kini dia mempercayai telahannya selama ini.
Benarlah bahawa ketuanya itu menyukai Hannah. Bukan setakat itu, dia juga yakin
bahawa Firdaus terlalu menyayangi Hannah. Dan kenyataan yang lebih mengejutkan,
Firdaus telah jatuh cinta kepada Hannah. Pertama kalinya dia melihat Firdaus
mengalirkan air mata kerana orang lain. Jelas kebimbangan di seraut wajah itu
terhadap keadaan Hannah.
Firdaus bangkit
dan menuju ke bilik sakit. Perlahan-lahan dia mendekati Hannah yang terbaring
lemah di atas katil. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi plastik yang
terletak berdekatan dengan Hannah. Wajah gadis muda itu yang pucat diperhati
asyik. Dia dapat melihat bibir Hannah yang pecah dan pipi gadis itu yang lebam
dan mula membiru. Air mata Firdaus meleleh untuk sekian kalinya.
“ Maafkan saya. Ini semua salah saya!
Kalaulah saya halang awak dan selamatkan awak lebih awal, awak takkan cedera
sebegini teruk. Maafkan saya. “
“ Kak Qaneef! “
laung Hannah sambil terkocoh-kocoh mendapatkan Qaneef yang mula menjauh. Dia
tersenyum meleret apabila wanita itu berhenti melangkah dan memalingkan muka ke
arahnya. Qaneef juga tersenyum kecil.
“ Ya Allah,
kenapa kelam-kabut sangat ni? Ada apa hal nak jumpa akak? “ Diberikan
kesempatan kepada Hannah untuk mengaturkan kembali nafas yang tercungap-cungap.
Kasihan dia akan gadis itu yang termengah-mengah ekoran mengejarnya tadi.
“ Nah, ada hadiah
untuk akak! Tapi, hadiah tu taklah mahal. Hadiah yang saya mampu beri.. “ ujar
Hannah perlahan. Wajahnya ditundukkan ketika sebuah bungkusan hadiah bertukar
tangan. Malu pula rasanya apabila dia hanya mampu beri hadiah yang tidak
seberapa kepada orang atasan. Takut juga kalau-kalau niat murninya tidak
diterima. Tetapi wajahnya didongakkan memandang pelik ke arah Qaneef yang
mentertawakannya.
“ Ish, ada ke
cakap macam tu! Kalau dah namanya hadiah, takkanlah akak nak minta yang
lebih-lebih pula. Chopp! Ni kenapa tiba-tiba bagi akak hadiah? Birthday akak lambat lagi la, sayang oi!
Encik Firdaus tu yang birthdaynya
esok. Patutnya dia yang dapat hadiah. By
the way, thanks a lot for this gift. Just a burdensome.“
Air muka Hannah
berubah kelat. Dia terasa ingin menangis. Apa yang disampaikan oleh Qaneef
menyentap jiwanya. Hannah tidak betah berada di situ. Dia ingin berlalu tetapi
dihalang oleh Qaneef. Wanita itu terlebih dahulu memaut lengannya sebaik hairan
dengan tingkahnya yang aneh. Dengan lelehan air mata, Hannah membalas pandangan
Qaneef.
“ Hannah, kenapa
ni? Beritahu akak. Kenapa Hannah menangis? Apa yang dah berlaku? Hannah,
beritahu akak! Jangan buat akak risau. “ Qaneef menarik Hannah ke suatu tempat
yang lebih terselindung. Jauh dari pandangan orang ramai. Tubuh Hannah
digoncang-goncangnya tatkala si gadis hanya mendiamkan diri dengan air mata
yang mengalir lebat.
“ Akak, esok hari
terakhir Hannah bekerja dekat sini. Hannah.. birthday Encik Firdaus.. “
Kaki terasa lemah
berdiri di bumi yang nyata. Fikirannya buntu. Air mata yang dihamburkan semakin
lebat. Pandangannya kabur melihat Qaneef yang masih setia berada di sisinya.
Dia teresak-esak setiap kali mengingatkan Firdaus. Hatinya pedih dan terluka
apabila melibatkan Firdaus. Hannah terduduk di lantai simen. Qaneef melutut
sambil menghadapnya dan sentiasa memujuknya.
“ Akak, saya..
saya sukakan Encik Firdaus. Saya sukakan dia sangat-sangat. Saya.. “
“ Akak dah lama
tahu. Akak dah tahu yang Hannah sukakan Encik Firdaus. Tak perlu beritahu pun,
akak tahu perasaan Hannah kepada Encik Firdaus. Sebab akak pun seorang
perempuan. Akak tahu pandangan Hannah kepada Encik Firdaus berlainan. Akak juga
maklum perasaan Encik Firdaus kepada Hannah.. “ Lenguh kakinya melutut, Qaneef
juga melabuhkan punggung bersebelahan Hannah di atas simen yang sejuk dan
keras.
“ Hah? Apa maksud
akak? Hannah.. “
“ Hannah, dengar
cakap akak betul-betul. Encik Firdaus juga sukakan Hannah. Dia.. terlalu
sayangkan Hannah. “
“ Hah? “
Sebuah bungkusan
hadiah yang dibalut kemas terletak elok di atas meja. Sekali-sekala tumpuannya
terganggu dek bungkusan tersebut. Anak matanya selalu terarah memandang hadiah
yang diberikan Hannah sebentar tadi. Kerja yang sepatutnya diselesaikan
tergendala. Hatinya berkecamuk kini. Fikirannya terganggu. Berita Hannah
berhenti bekerja membuatkan hatinya berasa sakit. Sakit yang amat. Firdaus
mengeluh.
Dia tersandar
lemah ke kerusi. Tentang Hannah selalu menjadikan hari-harinya serba tidak
kena. Sehinggalah ke saat ini, perasaannya terhadap Hannah tidak pernah
berubah. Semakin lama dia ingin membuang perasaan itu, semakin sayang dia
kepada gadis itu. Mungkin ramai yang tidak mempercayai tetapi hakikatnya dia
tidak pernah berpengalaman bercinta. Tidak pernah dia menyayangi kaum wanita
sebegini rupa. Sebelum ini, wanita-wanita yang berada disekelilingnya hanya
dianggap sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu.
Firdaus bangkit
dan berjalan menuju ke tepi jendela. Dapat dia melihat suasana luar pejabatnya
yang mendung sebagai petanda hujan bakal membasahi bumi. Masih berdiri di tepi
jendela sambil termenung jauh, kehadiran Qaneef di situ tidak disedari. Firdaus
hanya tersedar sebaik dia ditegur oleh pembantu peribadinya. Dia berpaling
memandang Qaneef.
“ Encik Firdaus,
Hannah.. “
“ I tahu. Dia datang tadi. “ Terlebih
dahulu kata-kata Qaneef dipintasnya.
“ So.. you wouldn’t go after her.. ? “
Jelas Qaneef terkejut dengan tindakan Firdaus yang hanya berdiam diri walaupun
mengetahui Hannah sudah berhenti kerja. Luahan hati Hannah semalam
membuatkannya berasa sebak. Tegarnya Firdaus memperlakukan Hannah sebegini.
“ How could I? I don’t have any rights to not
let her go. “
“ Encik Firdaus!
“
“ What? Salah ke I lepaskan dia? Masa depannya di luar sana. Dia terlalu muda untuk
tahu perasaan I.. “ ujar Firdaus
lemah. Air mata lelakinya mengalir. Dia mengepal penumbuk menahan gelodak
perasaan. Di hadapan Qaneef, dia telah mengalirkan air mata tanpa segan silu.
Semuanya kerana Hannah. Hanya tentang Hannah.
Qaneef yang
terpempan melihatkan keadaan Firdaus turut bergenang air mata. Serba sedikit
dia terkena tempias kesedihan yang ditanggung lelaki itu. Firdaus yang
dikenalinya tidak mudah lemah kerana sesuatu masalah. Tidak pernah dia melihat
air mata Firdaus meleleh sepanjang dia berkhidmat. Dia yakin bahawa Firdaus
merupakan seorang lelaki yang tabah dalam menghadapi apa jua halangan. Tetapi
apabila melibatkan soal hati dan Hannah, lelaki itu benar-benar tersungkur.
Tiada lagi ketenangan lelaki itu menyelesaikan dugaan yang mendatang. Hannah
punca Firdaus lemas dalam lautan rasa.
“ Biarlah dia
pergi. Hidupnya masih panjang. Dia bakal berjumpa bermacam-macam orang nanti.
Dan dari situ, dia akan lupakan I. I mengaku yang I tewas dalam rasa sayang I kepada
dia. I tak pernah sangka yang I akan jatuh cinta. I tak menyangkakan bahawa cinta I
kepadanya membuatkan I rasa
sakit. Hati I rasa sakit, Qaneef.
Sakit sangat.
Walaupun I ingin dia berada di sisi I, I
terpaksa lepaskan dia. Dia akan menyesal kalau bersama-sama I, so before I made her more suffer I let
her go. I yakin dia akan berjaya
dan menjadi wanita yang sempurna. I
yakin yang Hannah akan hidup bahagia dengan orang lain. “
Hujan lebat di
luar pejabat menarik perhatiannya. Firdaus kembali termenung di tepi jendela
dengan lelehan air mata. Tidak dipedulikan Qaneef yang masih berada di situ.
Titisan air hujan di cermin tingkap membuatkan hatinya bertambah sayu.
Dilekapkan telapak tangan di cermin tingkap. Dingin. Dipejamkan kedua belah
matanya kejap. Menelan rasa perit yang bertamu.
Bukk!
Refleks Firdaus
berpaling mencari arah bunyi kuat itu. Terbeliak matanya memandang Hannah yang
terjelepuk di lantai. Kelihatan gadis itu comot dengan pakaian yang basah
kuyup. Begitu juga Qaneef yang terlopong. Namun, sesaat kemudian pembantu
peribadinya itu meminta izin untuk beredar. Meninggalkannya berduaan dengan
Hannah. Tidak pula dia membantu Hannah yang sedaya-upaya untuk bangkit. Dia
masih terpempan.
Usai dia mampu
berdiri untuk berhadapan dengan Firdaus, Hannah melangkah beberapa tapak
mendekati lelaki itu. Dia menangis semahu-mahunya dengan menggenggam tangannya
yang menggeletar. Bibirnya terketar-ketar melawan tangis yang hebat. Dia
merenung Firdaus dengan mata yang penuh bergenang dengan air mata.
“ Saya sukakan
Encik Firdaus! Saya tak kisah kalau encik nak tuduh saya perempuan yang tak
reti malu. Saya juga tak kisah kalau encik nak anggap saya sebagai perempuan
tak ada harga diri. Tapi sekurang-kurangnya, saya .. saya dah luahkan perasaan
sebenar saya kepada encik. Jujur saya katakan, saya bukan setakat suka kepada
encik. Saya sayang encik. Saya cintakan .. encik.. “ Setitik air mata menitis
di pipi, namun tidak pula Hannah mengesatnya. Terus-menerus matanya menjamah
wajah Firdaus.
Semakin lebat
butir mutiara jernih yang mengalir di tubir mata Hannah dengan senyuman
mengejek Firdaus. Sakit, perit dan pedih. Itu yang dirasakannya apabila lelaki
itu seolah-olah mempersendakan perasaannya yang tulus. Cuba dia mengusir
kata-kata nista Firdaus tetapi ternyata dia tidak mampu. Semakin dia ingin
bersama-sama Firdaus, semakin lelaki itu menolaknya jauh.
“ Buat apa awak
datang sini? Kalau awak nak pergi, tak perlu berpatah balik. Tak perlu nak
mengemis di sini. Baguslah kalau awak sedar yang awak memang perempuan yang
tiada harga diri. Bagi saya, awak bukanlah siapa-siapa. Maaf sebab saya tiada
perasaan langsung kepada awak. Awak bukan perempuan idaman saya. Sedarlah, awak
tu budak-budak lagi! Jangan nak mengarut dengan soal hati.
Sebelum awak
lafaz pasal suka, sayang dan cinta, awak pasti awak faham apa yang dimaksudkan
dengan semua tu? Kalau tak, jangan pernah terfikirkan benda remeh macam tu
lagi. Saya benci! Semua tentang awak, saya tak suka. Kewujudan awak membuatkan
hidup saya semakin sukar. Awak beban bagi saya. Terus-terang saya cakap, tak
pernah terdetik di hati saya walaupun sekali untuk menyukai awak. Saya tak
pernah terfikir untuk menyayangi perempuan macam awak. Dan saya.. saya pasti..
saya takkan jatuh cinta kepada awak. Buang perasaan awak yang sia-sia tu
jauh-jauh.. “
Tubuh dikalihkan daripada berhadapan
dengan Hannah. Firdaus kini menghadap jendela tanpa mengendahkan Hannah yang
terpempan dengan kata-katanya. Dia melarikan anak matanya untuk tidak
bertentangan dengan Hannah. Bunyi derapan langkah Hannah yang semakin menjauh
membuatkan hatinya berasa sakit yang amat. Setelah kelibat Hannah menghilang,
Firdaus terduduk lemah di tepi jendela. Air mata dihamburkan menangisi
pemergian Hannah, cinta pertamanya dari dakapannya.
6 tahun kemudian.
“ Woi, Hannah!
Cepatlah sikit. Lembablah kau ni! “ teriak Qisya dari jauh. Langkah Hannah yang
perlahan mengundang amarahnya. Bukan beriya-iya Hannah mengajaknya berjoging di
Taman Jaya memandangkan hanya taman tasik itu yang berdekatan dengan rumah sewa
mereka menginap. Tetapi, gadis itu pula yang buat kerenah. Hannah bukannya
berjoging, buat catwalk adalah! Apabila
ditegur, rakan serumahnya itu hanya membuat muka malah mengendahkannya. Siapa
yang tidak sakit hati, kan?
Belum sempat
Qisya ingin melontarkan suaranya dengan not yang lebih tinggi, telefon
bimbitnya berdering tiba-tiba. Menandakan ada pesanan yang masuk. Saat matanya
melihat ke skrin telefon bimbit, dia mengukir senyuman mendapati nama Hannah yang
tertera. Gadis itu menghantarnya pesanan.
Qisya, kau balik dululah! Aku nak merayau
jap. Tiba-tiba, rasa tak sedap hati.
Berkerut sudah
dahi Qisya menghadam pesanan yang dikirim Hannah kepadanya. Dari kejauhan,
jelas wajah Hannah yang kebingungan dan berbaur kecewa. Tempoh dua tahun
mengenali Hannah cukup untuk dia mengetahui sejarah hidup yang pernah dilalui
oleh gadis tersebut. Sejak awal perkenalan lagi, sukar benar untuk melihat
Hannah tersenyum. Hannah hanya berlagak selamba dengan riak yang suram. Seraut
wajah itu jelas terpampang rasa derita yang ditanggung.
Pernah juga Qisya
terkejut dengan kelakuan Hannah yang meracau-racau dalam lena. Bibir Hannah
tanpa disedari menyebut nama seseorang yang mungkin telah melakar lautan luka untuk
diri si gadis. Firdaus. Hanya nama itu yang sering meniti di bibir mungil
Hannah. Kadang-kala, Qisya dan beberapa orang rakan serumah mereka mengeluh
dengan sikap pendiam Hannah. Sukar untuk mereka bergaul dengan Hannah dan
seperti Hannah juga enggan mewujudkan sebuah ikatan persahabatan antara mereka.
Namun, Qisya mula memahami keperibadian Hannah yang sebenar. Diri Hannah
bukanlah seperti yang ditunjukkan tetapi berselindung disebalik topeng
sandiwara menjadi pilihan.
Sebak mula
menyelebungi dada yang sesak. Dengan jelas, Qisya melihat Hannah menukar
haluan. Hannah menyeberang jalan dan berjalan menjauhi tempat dia berdiri tegak
kini. Tanpa mampu berbuat apa-apa, dia akur dengan permintaan Hannah dalam
keterpaksaan. Kerisauannya mendorong dia untuk membalas pesanan Hannah.
Hannah, jaga diri baik-baik tau! Jangan
lupa jalan balik. Dan jangan balik lewat.
Sesaat kemudian, pesanannya dibalas
kembali.
Ye, aku tau. Thanks.
Jam di
pergelangan tangan dikerling. Bagai baru tersedar, Hannah bangkit dan mula
melangkah beredar dari taman tasik itu setelah waktu merangkak ke senja. Terkejut
juga apabila menyedari sudah dua jam dia menghabiskan masa dengan hanya termenung
panjang sambil menikmati suasana tasik yang tenang. Dada langit yang memancarkan
sinar mentari yang terbenam mengiringi langkah Hannah menuju ke stesen komuter.
Dia perlu pulang ke rumah dengan kadar segera agar Qisya tidak risau akan
dirinya. Sudah terlalu banyak kali rasanya dia menyusahkan Qisya. Dia tidak
lagi mahu memberikan beban kepada rakannya itu.
Usai berdiri di
hadapan mesin pembelian tiket, Hannah menyeluk kocek untuk mengambil wang
kertas. Stesen yang dituju dikenal pasti sebelum wang kertas di tangan
diunjukkan ke dalam lubang kecil pada mesin tersebut. Namun, dia berasa pelik
tatkala wang kertas miliknya tidak diterima. Beberapa kali cubaan dia mula hampa
kerana semuanya gagal. Keluhan halus dilepaskan.
Melihat si gadis
mengeluh, Firdaus yang berada di mesin sebelah tersenyum lucu. Matanya masih
ditalakan ke seraut milik gadis yang buntu dengan mesin pembelian tiket kerana
kelalaian sendiri. Sedari kehadiran gadis itu, hatinya mula dipagut suatu rasa.
Dia yang juga ingin membeli tiket terhenti lantaran kewujudan gadis tersebut di
situ. Tidak ralat membiarkan gadis yang tidak diketahui namanya kebingungan
sendirian, Firdaus menegur empunya badan.
“ Err .. cik!
Mesin tu hanya untuk kegunaan kad aja. Kalau nak guna duit, guna mesin yang
saya tengah guna ni. “ Senyuman ikhlas dihadiahkan. Jujur niatnya hanya untuk
membantu. Tangannya juga diunjukkan ke papan tanda atas mesin pembelian tiket
yang membuktikan penggunaan kad sahaja.
“ Oh, yeke? Err
.. saya tadi .. “ Mata Hannah terbeliak. Tidak percaya dengan siapa dia
berhadapan kini. Wajah lelaki itu! Terus lidahnya kelu memandang Firdaus yang
sentiasa dirinduinya sejak enam tahun lalu, kini sedang berdiri di hadapannya.
Bagaikan mimpi! Dia tercegat tanpa sebarang kata walau sepatah. Baki kekuatan
yang ada ditagih menghadapi kisah silam yang kembali terlayar.
Firdaus juga
bagai terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan gadis bertudung hitam itu. Mata
si gadis yang mula digenangi air mata setelah mereka bersua muka dan bertentang
mata menimbulkan seribu satu persoalan di benaknya. Dia mendekati gadis itu
yang menekurkan wajah bagi mengelak daripada mereka bertembung mata.
“ Cik, kenapa ni?
Saya minta maaf kalau saya buat silap. Niat saya hanya nak bantu cik aja. Tak
terniat langsung nak mempersendakan cik atau .. “ Kata-kata Firdaus pantas
dipintas oleh Hannah yang mendongakkan wajah dengan linangan air mata.
“ Encik Firdaus
.. Encik tak ingat .. saya ke? “ tanya Hannah dengan sendu. Mata-mata yang
memandang di sekitar tempat mereka berdua berada tidak dipedulikan. Apa yang
lebih mustahak, dia menagih sebuah jawapan daripada Firdaus. Selama enam tahun
dia gila bayang kerana lelaki itu. Hidupnya tunggang-langgang tanpa kehadiran
Firdaus. Selama itu jugalah dia memendam rasa.
Terlopong sudah
dia apabila gadis yang tidak pernah dia kenali mengetahui namanya. Firdaus cuba
mengingati wajah gadis itu kalau-kalau ternyata memang gadis itu kenalannya.
Tetapi, dia tidak dapat mengecam si gadis. Semakin dia cuba mengingati semakin
kepalanya berdenyut-denyut. Sambil jari-jemarinya menyentuh kepala yang terasa
sakit, dia merenung wajah si gadis tanpa jemu.
“ Macam mana ..
cik tahu nama saya? “ Firdaus kebingungan.
Hannah sudah teresak-esak di hadapan
Firdaus. Seluruh tubuhnya menggigil menahan kepedihan yang menjalar di segenap
dadanya. Sungguh! Dia terlalu terkejut dengan kenyataan lelaki itu yang tidak
mengenalinya. Selepas 6 tahun, Firdaus sudah melupakannya? Mustahil! Apa yang
telah berlaku terhadap Firdaus? Adakah
Firdaus mengalami tamparan hebat sepanjang ketiadaannya? Atau lelaki itu telah
berkeputusan untuk melupakan tentang dirinya?
Melihat Firdaus
yang pelik dengan dirinya, Hannah semakin berasa hiba. Sungguhkah Firdaus tidak
mengenalinya? Ya Allah, apa yang telah berlaku kepada lelaki itu? Lupa
ingatankah dia? Juraian air mata di pipi di kesat kejap sebelum dia kembali
bersuara. Hannah menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Menenangkan hati yang
lara.
“ Saya minta maaf. Saya tersilap orang.
Saya pergi dulu, “ ujar Hannah seraya berlalu. Langkahnya semakin laju
meninggalkan Firdaus yang masih berdiri tercegat. Dia kembali mengalirkan air
mata apabila yakin kelibatnya menjauh daripada sisi Firdaus.
“ Akak minta maaf, Hannah. Akak tak sepatutnya
rahsiakan tentang Encik Firdaus daripada pengetahuan Hannah. Apa yang berlaku
terhadap Encik Firdaus, semuanya ketentuan-Nya. Puan Marisah yang arahkan akak
untuk rahsiakan hal kemalangan pada hari Hannah berhenti kerja dulu. Dan
sebelum Encik Firdaus mengalami kemalangan tersebut, dia cuba cari dan dapatkan
Hannah. Tapi Hannah dah pergi. Encik Firdaus kena rempuh dengan sebuah kereta
atas kelalaian dirinya. Bukan salah Hannah! “
Bahu Hannah yang
terenjut-enjut menangis disentuh lembut. Qaneef turut bersedih atas setiap
perkara yang menimpa kepada bekas majikannya dan Hannah. Bagaikan suatu keajaiban,
Firdaus dan Hannah ditemukan kembali walaupun enam tahun telah berlalu. Hannah
tetap mencintai Firdaus seadanya dengan keadaan lelaki itu yang tidak
mengingati tentang dirinya.
Kepalanya yang
dilitupi sehelai selendang terasa berpinar-pinar kerana terlalu lama menangis
digeleng-gelengkan perlahan. Air mata masih mengalir laju. Tangan Hannah meraih
tangan Qaneef disebelahnya. Sambil meluahkan perasaan yang terpendam buat
sekian lamanya, Hannah menagih sebuah penjelasan daripada wanita yang berhadapan
dengannya kini.
“ Akak, saya
menyesal dengan tindakan saya dulu. Saya tak pernah cuba memahami perasaan
Encik Firdaus. Saya terlalu pentingkan diri sendiri dan akibatnya Encik Firdaus
yang menjadi mangsa keadaan. Saya mohon kepada akak, bantulah saya! Saya ingin
kembali ke pangkuan Encik Firdaus. Saya nak dia ingat balik tentang saya.
Cukuplah tempoh enam tahun saya memendam rasa. Saya tak mampu lagi nak tanggung
seorang diri. Saya.. saya cintakan Encik Firdaus .. “ ujar Hannah tersedu-sedan.
Qaneef menjadi
serba-salah. Segala tindakannya selama ini atas kehendak dan menurut perintah
Puan Marisah kelihatan salah dan tidak sepatutnya dilakukan. Dia telah pun
memisahkan dua hati yang saling mencintai tanpa disedari. Oleh kerana
tindakannya jugalah dia telah membuat orang lain menderita. Kesalnya dia tidak
terungkap oleh kata-kata.
Tergamak dia
melukakan Encik Firdaus yang tidak pernah berbuat salah kepadanya, malah bekas
majikannya itu selalu melayaninya dengan baik sekali. Walaupun dia sedia maklum
akan perasaan Encik Firdaus kepada Hannah, masih dia mengotorkan tangannya
bersubahat dengan Puan Marisah menyembunyikan perihal lelaki itu daripada
pengetahuan Hannah. Sepatutnya Qaneef membantu Encik Firdaus memulihkan semula
ingatan dan kembali mencari cintanya.
“ Tapi Hannah,
akak .. “
“ Kenapa, kak?
Kenapa Puan Marisah nak sembunyikan tentang Encik Firdaus daripada saya? Apa
salah saya? Saya tak pernah berniat untuk memusnahkan hidup Encik Firdaus. Saya
.. “
“ Hannah! Puan Marisah
dah ada calon isteri untuk Encik Firdaus. Bila khabar angin tentang Hannah dan
Encik Firdaus tersebar di kilang dulu, puan dah merancang pun untuk pisahkan
kau orang berdua. Puan ada calon yang lebih sesuai dan setaraf dengan mereka.
Memang salah akak sebab bersubahat dengan puan tapi akak buat semua ni juga
untuk selamatkan Hannah. Akak tak nak puan apa-apakan Hannah nanti. “
“ Kak, takkan
apa-apa yang berlaku pada saya! Saya takkan tinggalkan Encik Firdaus lagi. Saya
rela tempuh apa jua halangan untuk bersama-sama dengan Encik Firdaus. Macam
mana saya cintakan Encik Firdaus, saya percaya dia pun cintakan saya. Keputusan
saya muktamad! “ tekad Hannah sambil dia mula bangkit ingin berlalu. Tas tangan
dicapai sebelum dia berpaling kepada Qaneef yang terduduk kaku. Sisa-sisa air
matanya dikesat sebentar dengan sehelai tisu. Hannah tersenyum nipis.
“ Terima kasih,
kak. Akak dah banyak berjasa kepada saya. Saya faham akan niat baik akak. Saya
tak salahkan akak. Tapi, janganlah halang saya untuk cari cinta saya. Seikhlas
hati saya menyayangi dia. Percayalah, kalau sudah tersurat Encik Firdaus jodoh
saya, kami tetap bersatu. Saya minta diri dulu. “
Salam yang diberi
oleh Hannah dijawab perlahan oleh Qaneef. Dari jauh, dia melihat si gadis yang
telah menginjak dewasa dan semakin berfikiran matang itu berlalu pergi. Apabila
kelibat Hannah sudah lenyap, Qaneef juga bangkit dan menuju kembali ke
pejabatnya. Hatinya terasa lapang dan lega. Kisah cinta bekas majikannya sudah
hampir tiba ke penghujung. Kata-kata Hannah yang begitu tekad untuk meraih
cinta Firdaus benar-benar membuatkan rasa kesalnya berkurangan. Terukir
senyuman bahagia di bibirnya.
“ Apa yang Encik Firdaus inginkan selama
ni sudah tercapai. Hannah telah menjadi wanita yang sempurna dan selayaknya
berdamping dengan encik .. “
Di tempat dan
stesen yang sama, Hannah sabar menanti kehadiran seseorang. Seseorang yang
telah mencuri hatinya pada enam tahun yang lalu hinggalah saat ini. Lelaki
pertama yang berjaya mendapat tempat di ruang hatinya. Sumber inspirasi dan
punca dia berazam untuk menjadi seorang wanita yang sempurna agar dia mendapat
kelayakan untuk berada di samping sang jejaka.
Kepalanya
tertoleh ke kanan dan kiri beberapa kali. Melilau matanya mencari kelibat Firdaus.
Meski dia mula berasa hampa dan ingin mengalah, ditabahkan juga hatinya untuk
menunggu si dia. Dua jam yang telah berlalu sungguh menyesakkan jiwa. Wajahnya
menekur ke lantai saat air mata serasa ingin mengalir kerana sebak. Mengalir
juga air matanya membasahi pipi, namun esakannya terhenti tatkala dia melihat
seseorang berdiri tegak di hadapannya.
Hannah
perlahan-lahan mendongakkan kepala memandang si gerangan. Betapa dia terharu
dan gembira apabila seraut wajah Firdaus menyapa pandangannya. Spontan Hannah
meraung di ruang menunggu stesen komuter itu. Orang ramai yang memandang pelik
sama sekali tidak dihiraukan. Hanya Firdaus yang menjadi tumpuannya kini. Dalam
pandangannya yang samar-samar kerana mata yang digenangi air mata, Hannah
terpegun dengan tindakan Firdaus yang selamba melutut di hadapannya.
Lebih mengejutkan
tatkala lelaki itu mengeluarkan suatu bekas baldu berwarna merah dari kocek
lalu diunjukkan kepadanya. Hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya dia ketika
ini. Hannah membalas renungan Firdaus yang tidak lepas dari wajahnya sejak dari
tadi. Berkerut keningnya memohon penjelasan daripada si dia. Firdaus yang
memahami lantas bersuara.
“ Maafkan saya,
Hannah. Saya mengambil masa yang lama untuk mengingati awak kembali. Dan saya
telah berjaya mengumpul semua kenangan dan memori tentang awak. Saya juga
takkan pernah mengalah untuk mencari cinta awak. Kini, saya berharap awak sudi
terima cinta saya.
Nurul Hannah
binti Zulkeffli, sudikah awak menjadi yang halal untuk saya? Yang sentiasa
berada di sisi saya dan terima cinta saya? “
Hannah
menghamburkan air mata gembiranya. Tanpa berfikir panjang, dia pantas
menganggukkan kepalanya bersetuju dan menerima lamaran Firdaus. Bekas baldu
berwarna merah kini telah bertukar tangan. Penutup bekas tersebut dibuka dan
sebentuk cincin bertatahkan berlian singgah di mata. Terharunya dia dengan
lamaran mengejut Firdaus dan hadiah yang diberikan oleh lelaki itu. Cincin berlian
pemberian Firdaus disarungkan ke jari manisnya.
Untuk seketika
Hannah terbuai dalam dunianya sendiri sebelum darahnya menyerbu ke muka melihat
orang ramai yang mengelilingi mereka berdua dan menjadi penonton ‘drama pendek’
yang berlangsung sebentar tadi. Firdaus di sisi sudah menunduk malu dengan
tepukan gemuruh orang ramai di tempat awam tersebut.
“ Sayang, jom
kita pergi dari sini. Malulah orang tengok, “ bisik Firdaus dengan wajah yang
sudah berona kemerah-merahan. Comel sangat! Dengan kelebihan lelaki itu yang
berkulit putih melepak, senang benar wajahnya bertukar warna. Dah macam buah
strawberi dah muka mamat ni!
“ Chop! Sebelum
tu, macam mana pula dengan Puan Marisah? Terima ke puan dengan saya ni? “ tanya
Hannah dengan suara yang bergetar. Dadanya bagai nak pecah tatkala direnung
oleh Firdaus.
“ Pasal ibu,
jangan risau. Nanti saya uruskan. Saya yakin ibu boleh terima pilihan saya.
Terima awak. “
“ Betul ke? Saya
tak ada apa-apa. “
“ Siapa cakap
awak tak ada apa-apa? Awak ada saya dan cinta saya. Saya takkan lepaskan awak
lagi. Dan saya takkan benarkan awak tinggalkan saya lagi. Dah, jom! “
“ Eh, kejap!
Macam mana Encik Firdaus boleh ingat saya balik? Cuba cerita! “
“ Ya Allah, tu
nanti-nantilah saya cerita! Jomlah, dah tebal muka saya dekat sini.. “
“ Macam pelik aja
Encik Firdaus boleh pulih ingatan dalam waktu yang singkat .. “
“ Nurul Hannah
Zulkeffli! Dah habis cakap? “ Berkelip-kelip mata Hannah dengan pertanyaan
Firdaus yang kedengaran sungguh sarkastik. Terus terkelu lidahnya untuk
berkata-kata seperti tadi. Lelaki itu menghampirinya dan wajah mereka
benar-benar dekat.
“ Sayang, saya
hanya akan sayang dan cinta awak seorang. Sebab tu, saya akan sentiasa
mengingati awak walau saya akan lupa ingatan. Saya cintakan awak, Hannah. Ada
apa-apa soalan lagi? “
Hannah menggeleng-gelengkan kepala.
“ Okay, great! If there’s nothing else, shall
we sayang? “
Kepala dianggukkan perlahan. Malu pula
dengan senyuman nakal yang terbit di bibir Firdaus. Mereka berdua mula berlalu
dan bersama-sama menempuh hari depan dengan bekalan cinta mereka. Pencarian
cinta sudah sampai ke titik noktah. Hanya usaha, doa dan tawakal yang
mengiringi perjuangan mereka untuk kekal bersatu. Hannah dan Firdaus tersenyum
bahagia sambil berjalan beriringan menuju ke tempat parkir kereta.
TAMAT
No comments:
Post a Comment